Monday 12 November 2012

BERSUCI DARIPADA NAJIS





Pengenalan:
Islam ialah satu cara hidup yang syumul dan lengkap tatacara amalannya.
Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting  dalam kehidupan seseorang  Muslim. Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat  solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan, pakaian serta tempat mengerjakan ibadat maka solatnya dikira tidak sah.

Pengertian bersuci daripada najis:
Bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian dan persitaran daripada najis  dan hadas. Najis pula ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.

Alat-alat untuk bersuci:



1. Air Mutlak
2. Tanah
3. Batu
4. Kertas yang kesat
5. Daun kering



Jenis-jenis Air Mutlak:
(Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan ).Terbahagi kepada 7 jenis air.



1. Air Sungai
 
1.    
    2. Air Laut


    
   
     3. Air Hujan
     

       
    4. Air Perigi
       
                         

              5. Air Embun


         



         6. Air Mata Air



         


     7. Air Salji





           




     
Pembahagian Najis:
1.Najis Hukmi ialah najis yang tidak dapat dilihat zatnya. Contoh:
Air kencing yang sudah kering.
2. Najis Aini ialah najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering.Contoh:Tahi dan darah

Jenis-jenis Najis:
Najis Mukhaffafah:
Najis Ringan iaitu najis air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara menyucikan najis:
Iaitu dengan lapkan najis dengan kain kering. Renjiskan air mutlak di tempat yang
terkena najis, lap hingga kering.

Najis Mutawassitah:
Najis sederhana  atau najis pertengahan. Contoh najis sederhan ialah  tahi, darah, nanah, arak, muntah, bangkai dan lain-lain lagi.
Cara menyucikan najis:
Iaitu dengan membuang najis itu, kemudian cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau  dan rasanya.

Najis Mughallazah:
Iaitu Najis Berat seperti najis anjing dan babi serta keturunannya  atau benda-benda yang terbit daripada kedua-duanya.
Cara menyucikan najis:
Buang najis di tempat yang terkena najis, cuci tempat yang terkena najis dengan air tanah sekali. Kemudian cuci dengan air mutlak sebanyak enam kali hingga hilang warna, bau dan rasanya.


INFO TAMBAHAN:
Najis Hukmi dan Najis Aini merangkumi Najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Najis Hukmi hendaklah dibasuh diyakini bersih. Manakala Najis Aini hendaklah dibasuh sehingga hilang zatnya. Jika masih ada kesannya ia dimaafkan.




2 comments:

  1. http://kelanamusafir1973.blogspot.com/
    joinlah blog saya. saya baru belajar buat blog sendiri.
    hi hi hi.

    ReplyDelete