Pengenalan:
Islam ialah satu cara hidup yang
syumul dan lengkap tatacara amalannya.
Taharah atau bersuci merupakan suatu
tugas yang begitu penting dalam
kehidupan seseorang Muslim. Andainya
seseorang itu mengerjakan ibadat solat
tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi tubuh badan,
pakaian serta tempat mengerjakan ibadat maka solatnya dikira tidak sah.
Pengertian bersuci
daripada najis:
Bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian dan persitaran daripada
najis dan hadas. Najis pula ialah
benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.
Alat-alat untuk
bersuci:
1. Air Mutlak
2. Tanah
3. Batu
4. Kertas yang kesat
5. Daun kering
Jenis-jenis Air Mutlak:
(Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan ).Terbahagi kepada 7 jenis
air.
1. Air Sungai
1.
2. Air Laut
3. Air Hujan
4. Air Perigi
5. Air Embun
6. Air Mata Air
7. Air Salji
Pembahagian Najis:
1.Najis Hukmi ialah najis yang
tidak dapat dilihat zatnya. Contoh:
Air kencing yang sudah kering.
2. Najis Aini ialah najis yang
dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering.Contoh:Tahi dan darah
Jenis-jenis Najis:
Najis Mukhaffafah:
Najis Ringan iaitu najis air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak
lebih dua tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Cara menyucikan najis:
Iaitu dengan lapkan najis dengan kain kering. Renjiskan air mutlak di
tempat yang
terkena najis, lap hingga kering.
Najis Mutawassitah:
Najis sederhana atau najis
pertengahan. Contoh najis sederhan ialah
tahi, darah, nanah, arak, muntah, bangkai dan lain-lain lagi.
Cara menyucikan najis:
Iaitu dengan membuang najis itu, kemudian cuci tempat yang terkena najis
hingga hilang warna, bau dan rasanya.
Najis Mughallazah:
Iaitu Najis Berat seperti najis anjing dan babi serta keturunannya atau benda-benda yang terbit daripada
kedua-duanya.
Cara menyucikan najis:
Buang najis di tempat yang terkena najis, cuci tempat yang terkena najis
dengan air tanah sekali. Kemudian cuci dengan air mutlak sebanyak enam kali
hingga hilang warna, bau dan rasanya.
INFO TAMBAHAN:
Najis Hukmi dan Najis Aini merangkumi Najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan
Mughallazah. Najis Hukmi hendaklah dibasuh diyakini bersih. Manakala Najis Aini
hendaklah dibasuh sehingga hilang zatnya. Jika masih ada kesannya ia dimaafkan.
syukran ya ustazah....
ReplyDeletehttp://kelanamusafir1973.blogspot.com/
ReplyDeletejoinlah blog saya. saya baru belajar buat blog sendiri.
hi hi hi.